
Bulan ramadhan adalah bulan yang sangat mulia. Setiap amalan yang dikerjakan akan dianugerahkan Allah s.w.t pahala berlipat kali ganda. Bulan ini dilihat sebagai latihan kepada seluruh umat Islam untuk memperbaiki dan menambah baik amalan supaya dapat diamalkan pada bulan-bulan lain. Kita sebagai umat Islam bertanggungjawab untuk membina hubungan baik sesama manusia dan apatah lagi kepada Allah s.w.t. Mungkin kadangkala kita terlupa juga terleka bahawa kehidupan ini sungguh singkat. Mengapa? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. 100 tahun yang dahulu kita tidak wujud di dunia ini. 100 tahun yang akan datang juga kita masih belum pasti tentang kehidupan kita. Inilah yang dimaksudkan bahawa kehidupan ini terlalu singkat. Kita datang daripadaNya, dan kita pulang kepadaNya. Namun adakah kita telah mempersiapkan diri untuk bertemu dengan Tuhan pencipta sekelian alam. Kehidupan yang bakal kita hadapi kelak adalah kehidupan yang tiada penghujungnya. Pilihan hanya ada 2. Syurga atau neraka. Mampukah kita untuk berada di hari penghakiman teragung itu nnti. Hanya iman dan taqwa sahaja yang dapat mempermudahkan kita pada hari itu. Insyaalah, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri dibulan yang penuh keberkatan ini agar segala kesilapan kita diampunkan Allah s.w.t. Tiada yang lebih bernilai selain dari keampunan dan penerimaanNya kepada kita hamba yang serba lemah ini. Salam ramadhan.
No comments:
Post a Comment